Rabu, 11 Januari 2012

Nikmat Persaudaraan

Kawan senang mudah dicari, kawan menangis?

Begitulah ibaratnya, masa senang ramai disisi, masa susah siapa mahu bersama?

Ukhuwwah bagi saya tidak mampu dicapai sehari dua, tetapi memerlukan pergaulan dan perkenalan yang lama. Ramai yang membicarakan ukhuwwah tetapi adakah telah mengamalkannya?

Ingin saya berkongsi cerita tentang ukhuwwah, adakah gambar-gambar ini mampu berbica tentang nikmat ukhuwwah, mungkin?








Bagaimana ingin dipraktikkan sikap sabar jika tidak tahan bergaul dengan kebanyakan manusia. Maka benarlah, dakwah ini tidak mampu dipikul melainkan memahami manusia dan sabar bergaul dengan mereka.

Permusafiran dan pergaulan adalah wasilah untuk memupuk ukhuwwah, namun perlu diiingat, ingin dibawa kemana ukhuwwah itu? Jika kita teliti rakan-rakan kita sejak dibangku sekolah rendah dahulu sehinggalah sekarang, dimanakah titik temu ukhuwwahnya? Adakah kita bersahabat atas dasar seronok-seronok semata-mata atau apa sebenarnya maksud kita berteman?


الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين
"Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa". ( Az-Zukhruf 43:67)


Sahabat yang kekal adalah sahabat yang memimpin tanganmu mencari redha Allah, bukan yang membawa mencari murka Allah.

Hanya ukhuwwah yang tinggi akan menjadi benteng umat Islam melawan kemungkaran. Jika umat berpecah dan tidak bersepakat diatas perkara yang kita fahami bersama, pasti mengundang petaka. Lebih-lebih lagi umat pada ini dicaturkan oleh musuh-musuh Islam. Dicaturkan kerana tidak tahu siapa musuhnya yang sebenar.
 
Sejarah ukhuwwah para salafusoleh menjadi bukti. Manusia yang luar biasa hebat sahaja mempu berukhuwwah pada tahap yang tinggi dan memberikan air kepada sahabat yang lain di medan peperangan walhal dirinya sendiri memerlukan air tersebut untuk menyambung nyawa. Hati yang bersih, rasa sayang tidak berbelah bagi dalam susah dan senang. Ah, terlalu jauhnya sifat solafusoleh didalam diriku.

Berapa ramai manusia tersingkir daripada perjuangan membela Islam? Dimana letaknya ukhuwwah yang dilaung-laungkan, mungkin kita perlu lihat niat-niat kita, kerana apa kita dimedan juang.

Berpada-padalah kita mengherdik sesama insan, Banyakkan menjelaskan Islam yang indah. Barangkali nasihat Dr Yusuf Qaradhawi ini boleh dijadikan pedoman.
"Islam telah mengajar saya untuk menyalakan pelita dan tidak dengan asyik mengutuk kegelapan, dengan menjelaskan kebenaran dan bukan dengan asyik mencaci maki kebatilan".
Penapisan itu akan terus berlaku dan tanpa kita sedar, diri ini juga terdedah dengan tapisan daripada Allah. Oleh itu, perlulah bersangka baik dengan Allah.

Ya Allah, moga diriku ini thabat dijalan-MU untuk terus berukhuwwah dengan mereka yang terpilih di JalanMU yang lurus ini. Hanya satu jalan, tidak ada jalan-jalan yang banyak. Hanya jalan yang telah dilalui oleh para Nabi dan umat yang bersamanya. Sungguh dakwah ini panjang dan berliku-liku dan aku tidak akan mampu mengharunginya tanpa petunjukmu yang jelas. Ameen.




1 ulasan:

School Of Tots berkata...

Kawan atau kenalan? Kawan sejati akan bersama masa susah atau senang. Ikhlas pada Allah bukan mengharap balasan dr sesama makhluk. Ada org yg bantu tapi ada udang di sebalik batu. 1,000 kenalan mungkin senang di cari tapi seorang kawan mungkin payah dijumpa. Yang penting punya kawan yg bisa membimbing menuju redha Illahi. Selamat berkenalan !!