Rabu, 19 Ogos 2009

Cerita sebuah keluarga

Alkisah diceritakan di sebuah kota yang tidak jauh daripada sulawesi Indonesia, berhijrah lah sepasang suami isteri berdarah pahlawan, suku kaum bugis lagaknya ingin mencari makna cinta, cinta kepada tuhannya untuk mengisi hidup di dunia fana. Sebermula perjalanan mereka, hajat di jiwa ingin berhijrah ke bumi malaya untuk mencari nasib mencari rezeki di rantau orang...

Merantau Inn (12) Pictures, Images and Photos

Maka merentas lah ia Laut Jawa menuju ke sebuah destinasi di bumi peladang bernama TAWAU...ia...di sinilah lahir suka dan duka, bermula dengan bekerja si suami mencari nafkah, menjadi pembawa lori balak, penat lelah untuk mencari sesuap rezeki bagi menampung hidup berdua.


Kali ini tidak berdua, lahirnya anak pertama menimbulkan ceria di hati mereka, anak diasuh bagai menatang minyak yang penuh, diikuti seterusnya, anak kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam hinggalah anak yang ketujuh...wah sudah menjadi satu keluarga yang besar, ini lah erti pengorbanan ibubapa. Membesarkan mereka semua dengan penuh kasih sayang..ingin diberi nama anak ketujuh ini seperti nama2 yang telah diberikan kepada abang2 dan kakak2 nya, begitu lah anak yang ke tujuh ini. Mau diberi apa nama nya ya.

bayi Pictures, Images and Photos


Ya...ayahnya telah mendapat ilham, mau diberi nama seorang pemimpin, mungkin dia perhatikan anak nya ini mampu memimpin, itu firasat seorang ayah terhadap anak nya, tapi siapa namanya?pemimpin yang macamana...

Terdengar di ceruk2 radio, di kaca2 tv selalu menjelma, Bapa Pemodenan Malaysia, siapa yang tidak mengenalinya, satu Malaya mengenalinya..hebat namanya dan tersohor di mata dunia...tahun ini juga lah lahir anaknya..tarikh bersejarah jgn ditunda2...lagak seorang pemimpin ini harus dimanfaatkan sepenuhnya...biar menjadi sejarah diabadikan namanya kepada nama anak nya..MAHATHIR MUHAMMAD...perdana menteri malaysia ke-4, itulah namanya...secara otomatik anak itu mendapat nama, MAHADIR BIN AMBOALA. Wah, meriah satu keluarga..syukur alhamdulillah, anak ini mendapat nama. Cuma ejaan namanya, Mahathir dan Mahadir, dua kata yang berbeza, namun mungkin maksud yang sama...tidak apalah, itu cerita orang dulu2 kala, sekarang anak nya itu telah dewasa.


Sudah lah, malas mahu menulis, idea tiada...secara terus terangnya, anak itu adalah saya...penulis blog ini lah...hanya sekadar mahu bercerita...saya insan yang lemah, mahu berjuang di medan dakwah, cinta kepada Allah dan rasulnya, moga jiwa ini menjadi pemimpin amanah, seperti namanya, bukan berjuang kepada MELAYU semata-mata, tapi ISLAM menjadi utama...Doakan saya.

dilema melayu islam Pictures, Images and Photos