Jumaat, 19 November 2010

Baiki diri dan ajak orang lain


Dakwah merupakan tugas yang mulia dan amanah yang berat. Maka, dakwah ini akan menjadi pemberat mizan kita di hari yang tidak ada naungan melainkan naungan Allah.




Namun begitu, tidak akan berkesan sesuatu seruan tanpa pembentukan jati diri seorang daei itu sendiri. Mana mungkin seorang yang menyeru meninggalkan maksiat sedangkan dirinya dipenuhi noda dan dosa. Seorang daei perlulah berusaha sehabis mungkin untuk menanggalkan kotoran-kotoran karat jahiliyyah di dalam dirinya agar tidak termasuk di dalam golongan yang dimurkai Allah.

Jiwa yang mati tidak akan dapat menghidupkan jiwa2 mati yang lain.



Lihatlah kepada sirah Rasulullah s.a.w, bagaimana rasul yang ummi bersabar dan menunjukkan qudwah di dalam dakwahnya kepada penduduk Thoif. Walaupun dilempar batu dan Jibril menawarkan khidmatnya untuk melontar bukit, Rasulullah s.a.w mampu berkata, "Wahai Tuhanku, berilah hidayah kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui".

Mana mungkin jiwa yang lemah mampu menuturkan kata-kata seperti ini. Mana mungkin jiwa yang sakit mampu bersabar dengan karenah manusia yang sedemikian rupa melainkan ianya lahir daripada jiwa yang kental dan semangat yang kuat dan tidak dapat digugat oleh lemah dan lalai.

Begitulah juga seorang daei, sebelum memulakan dakwah, ilmu, ketahanan jiwa, sabar dan ikhlas sudah tersemai di dalam hati. Dengan itu, ia dapat mengesani masyarakat di sekeliling.



Benarlah kata-kata Imam Hassan Al-Banna, jadilah kamu seperti pokok, mereka membaling dengan batu, tetapi kita membaling (membalas) dengan buah.

Kita tidak menyeru manusia kepada parti, walaupun parti adalah wasilah untuk sampai kepada tujuan. Kita bukanlah badan2 bukan kerajaan ataupun badan2 kebajikan, walaupun ianya merupakan satu cara untuk pentarbiyahan. Apa yang penting, kita adalah roh yang mengalir untuk ummat ini.

Seorang daei perlu mempunyai kefahaman Islam dengan fahaman yang sahih seperti apa yang datang daripada Rasulullah s.a.w, jauh daripada kecuaian dan kesalahan, tanpa mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Sesungguhnya Allah menyukai amal seorang hamba, apabila ia melakukan sesuatu pekerjaan, ia akan melakukan dengan bersungguh2.

Marilah kita sama2 bersungguh2 di dalam berdakwah.               


اصلح نفسك وادعوا غيرك                              


                                 "MEMBINA GENERASI HARAPAN"