Rabu, 28 Oktober 2009

KE MANA SELEPAS INI?

Berapa lamakah tempoh jangka hayat manusia?
Manusia Biasa Pictures, Images and Photos Persoalan ini memaksa untuk kita berfikir sejenak tentang haluan manusia selepas itu.

Haluan dan liku-liku perjalanan di dalam mengharungi bahtera kehidupan adalah medan yang perlu diisi dengan sesuatu. Medan perjuangan ini dinamakan MATLAMAT HIDUP.

 Negara Jepun terkenal dengan kemajuan sains dan teknologi. Kepesatan pembangunan Negara ini boleh dilihat di merata-rata tempat di Negara Jepun. Disiplin yang tinggi dan semangat Asia untuk Asia yang menebal dikalangan masyarakat menjadi sebab Utama berkembangnya ketamadunan di Negara yang pernah menjajah Malaysia suatu ketika dahulu..

Jika dibanding dengan Negara Malaysia dengan kepesatan pembangunannya, ibarat langit dan bumi. Namun, pernahkah kita terfikir, ada sesuatu yang mungkin menghantui jiwa masyarakat di Negara matahari terbit ini.

Japan Pictures, Images and PhotosJepun terkenal dengan kemodenannya, namun Negara ini juga terkenal dengan ketandusan dan kerapuhan jiwa masyarakatnya.

Kadar kematian di Negara Jepun juga adalah suatu yang cukup menakutkan. Jika di Malaysia, kemalangan jalan raya sudah menjadi perkara biasa di dada-dada akhbar, sehingga menjadi korban akibat kecelakaan di jalan raya, lain pula halnya dengan Negara SAMURAI ini.

Akibat kekosongan jiwa, langkah singkat yang diambil adalah dengan MEMBUNUH DIRI. Suasana yang cukup menekan dan semangat bekerja yang tidak berkesudahan, menyebabkan segelintir daripada mereka mengambil keputusan di luar akal waras pemikiran.

tekanan Pictures, Images and Photos
Semuanya hanya kerana tidak mahu memahami atau mungkin memekakkan telinga untuk tidak mahu memahami. Manusia perlu memahami ke manakah mereka selepas ini. Adakah setelah mati dan dimamah ulat di liang lahad, maka perjalanan manusia pun habis pada masa itu?

Jika hayat umur manusia sekitar 60 atau 70 tahun, tidakkah manusia mahu memikirkan kehidupan selepas itu yang tidak ada pengakhirannya.

Namun, jika hanya sekadar berfikir tanpa sebarang apa-apa tindakan, maka manusia itu tahu, tapi buat-buat tidak tahu. Berfikir ke mana kita selepas ini perlulah disusuli pula dengan bekalan yang perlu kearah itu.

Bekalan yang dimaksudkan adalah TUJUAN dan MATLAMAT HIDUP. Apakah yang diinginkan untuk mencapai kepuasan hidup di atas muka bumi ini? Memenuhi perut dengan pelbagai juadah makanan? Tidur diatas katil yang empuk untuk kerehatan setelah sehari suntuk penat bekerja? Adakah cukup kita sekadar solat 5 waktu? Berpuasa di bulan Ramadhan dan pelbagai lagi amalan ibadat khusus yang lain?

Sebenarnya, matlamat hidup kita ialah menyambung mata-mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w. Solat tanpa faham, puasa kerana ikut-ikutan, tidak akan memberikan satu tasawwur yang jelas tentang matlamat hidup seseorang insan. Hidup diatas landasan iman memerlukan kita bekerja untuk agama ISLAM. Bagi sahabat-sahabat yang belajar di luar Negara, khususnya di Negara Mesir, tentulah tanggungjawabnya lebih besar lagi. Kita tidak mahu melahirkan Ustaz yang hanya tahu membaca tahlil dan talqin sahaja, tapi kita mahu lebih daripada itu.

dakwah Pictures, Images and Photos
Apa yang dinyatakan oleh penulis, bukan bermakna saya Anti kepada golongan2 ustaz yang membaca tahlil dan talqin. Jika kita menganggapnya sebagai satu kebaikan, moga-moga Allah mengurniakan ganjaran yang setimpal dengan usaha yang dilakukan. Sebenarnya yang ingin ditekan oleh penulis disini ialah soal keutamaan dan keperluan masyarakat di Malaysia nanti.

Kita mahukan tasawwur Islam yang jelas dan merangkumi seluruh aspek kehidupan. Tidak cukup sekadar duduk di masjid, menjadi imam di masjid dan memimpin ahli Qaryah masjid. Maka persiapkanlah segala ilmu untuk menghadapi masyarakat yang tenat dan memperbaikinya. Hiduplah di dalam satu jamaah yang mahu meletakkan Islam yang paling tinggi.

Soal kita terlibat dengan politik, badan-badan bukan kerajaan atau ketuk-ketuk pintu mengajak ke masjid merupakan soal keutamaan dan kelapangan hati seseorang muslim untuk memilih yang mana bersesuaian dan corak pemikiran dalam membawa Islam sebagai pegangan hidup.


islam Pictures, Images and Photos

Janganlah disebabkan kita berbeza bentuk-bentuk pertubuhan, menyebabkan kita bermasam muka dan mencari kelemahan Jemaah yang lain. Gejala sosial yang semakin meruncing ditambah lagi manusia yang mempunyai pelbagai latar belakang dan corak pemikiran, mendorong kita saling memerlukan untuk menyampaikan ISLAM kepada ummah sejagat.

Jika ada pertembungan, rujuklah kepada Al-Quran dan Sunnah. Sikap berbantah-bantah tanpa disusuli akhlak yang mulia hanya akan membawa kepada perpecahan yang berpanjangan.

eam Pictures, Images and Photos

Akhlak seorang muslim apabila bertemu dengan saudara seislam yang lain ialah dengan mengasihinya lebih daripada dirinya sendiri. Ini diistilahkan sebagai ITHAR, iaitu mengutamakan orang lain lebih daripada dirinya sendiri. Jika tidak mampu, paling rendah sekalipun ialah kita mengambil pendirian berlapang dada atau diistilahkan sebagai SALAMATUSSODRI.

Pupuklah ukhuwah, tinggalkan sengketa, menuju akhirat destinasi yang pasti. Jadikan Islam sebagai cara hidup dalam semua aspek kehidupan.

ukhuwah Pictures, Images and Photos

Moga tulisan ini ada manfaatnya.

Rabu, 7 Oktober 2009

PART TIME atau FULL TIME?

Sedari kecil dahulu, bayi yang baru dilahirkan dalam keadaan tidak tahu apa-apa melainkan hanya tahu menangis sahaja.


Kemudian dalam tempoh 3 bulan, bayi juga tidak dapat buat apa-apa, hanya tahu meniarap sahaja.
6 bulan selepas itu, baru lah boleh belajar merangkak dan akhirnya sudah cukup kuat untuk berdiri sendiri.


Bila masuk sekolah rendah pula, kadang-kadang malu-malu dengan Cikgu, juga sikap tidak biasa dan tidak selesa dengan Cikgu. Naik tahun 2, ada peningkatan,dah mula dengar-dengar cakap Cikgu sebab dapat banyak ilmu baru.

Tingkatan 1, mula belajar basic, kemudian tingkatan 4, sudah mula belajar ilmu-ilmu yang tinggi2 dan seterusnya...


Maka, begitu juga lah dengan Tarbiyyah....

Bukan lagi pada takuk yang lama.
Jika dahulu, disuruh Ibu untuk membaca, barulah kelam-kabut membelek-belek hendak membaca, sekarang kenalah baca buku sendiri.
Jika dahulu suasana mempengaruhi untuk banyak membaca, sekarang kena mencipta sendiri suasana untuk mendalami minat membaca.

Konsep banyak MENERIMA sudah mampu dikurangkan kerana sudah mula berubah sikap untuk lebih banyak MEMBERI.

Hanya disebabkan oleh satu sebab.

KEWAJIPAN lebih banyak daripada masa yang kita ada.


Masa rehat sudah semakin kurang kerana kita ingin lebih banyak bekerja. Masa ini tidak perlu diisi dengan banyak kerehatan kerana tempat kerehatan seorang mukmin ialah ketika sebelah kakinya sudah melangkah ke Syurga.

Hal ini kerana masa tidak dapat ditarik lagi, yang berlalu akan berlalu dan ia semakin meninggalkan kita.

Disitulah wujudnya keutamaan.

Ingin meletakkan kepentingan peribadi ataupun kepentingan dakwah. Menyuruh yang maaruf dan melarang yang mungkar sudah di tahap mana?

Maka, tanyalah diri kita, sejauh mana kita korbankan masa untuk Islam.

Masa untuk Islam adakah digunakan hanya PART TIME atau FULL TIME?

Nasihat untuk diri sendiri.