Isnin, 27 Julai 2009

SAYA MENULIS BUKAN KERANA NAMA

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Disini ia bermula...

Mengapa saya menulis di dalam blog?Adakah kerana mungkin saya terikut-ikut dengan sahabat2 yang lain, atau sekadar ingin mengisi masa lapang atau sebenarnya ingin mencari populariti melalui penulisan blog?

Persoalan ini memerlukan jawapan untuk menentukan niat utama seseorang menulis di dalam blog dan bagi mereka yang minat mendalam di dalam bidang penulisan.

tulis Pictures, Images and Photos

"Ana minat sangat dengan blog ustaz tu, ayat2 nya menyebabkan saya menangis sendirian".
Sehingga begitu sekali.

"Ana mampu berceramah dengan baik berdasarkan blog Doktor tu lah...segala buah fikiran Dr dalam blog nya, ana dapat terjemahkan dalam bentuk ceramah"..

Wah, begitu hebat sekali pengaruh blog.


DAKWAH KEPADA UMMAH

"Hebatnya ceramah ustaz tu, saya teringin menjadi sepertinya...

Ada yang mencelah.

"Hei, sekarang dunia dah maju, masyarakat dah berubah, ceramah2 ni orang tak dengar sangat dah.." sampuk beliau.

Pernakah anda mengalami situasi seperti ini? Apa pendirian anda...

"Dakwah itu luas, bukan hanya setakat berceramah je, menulis dalam blog pun satu kaedah dakwah gak" kata yang lain.


Dakwah Pictures, Images and Photos


Situasi diatas mungkin pernah kita alami, dakwah melalui penulisan sudah menjadi trend masyarakat sekarang, penulisan yang kreatif memerlukan pemahaman yang jelas terhadap sesuatu isu, antara tokoh yang berjaya di dalam bidang penulisan ialah seperti Syed Qutb, penulisannya mampu merubah masyarakat yang jahil agama kepada mentaati perintah Allah dengan sebenar-benarnya. Teringat kata2 akhirnya sebelum dihukum dan dibawa ke tali gantung oleh puak2 yang benci dengan perjuangannya.



"Saudara, andai kau tangisi kematianku.. dan kau sirami pusaraku dengan air mata... Maka diatas tulang-tulangku yang hancur luluh nyalakanlah obor buat ummat ini dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya..."


Percakapan ini hanya lahir daripada jiwa yang yakin dengan Tuhannya, Syed Qutb sanggup berkorban nyawa demi melihat umat ini di dalam kasih sayang Allah Taala, tulisan-tulisannya yang bernas dan tegas sehingga mampu membawa rijal-rijal bersemangat untuk menegakkan Daulah Islamiyyah. Ketika di dalam tahanan penjara, Syed Qutb sempat menulis sebuah tafsir Fi Zilalil Quran dan menjadi rujukan umat Islam yang mengikuti gerakan Ikhwanul Muslimin.

Disinilah timbul idea penulis untuk memilih bidang penulisan di dalam blog untuk kebaikan ummat bersama. Melaui blog, masyarakat dapat mengambil manfaat untuk diterjemahkan di dalam kehidupannya sebagai seorang muslim yang taat kepada perintah Allah Taala.

Namun, kualiti bahasa memainkan peranan utama untuk melihat blog ini berkembang dengan baik sebagai medan dakwah. Saya mengharapkan tunjuk ajar dan teguran2 yang membina daripada sahabat-sahabat untuk menghasilkan satu artikel yang baik dan bermanfaat. Mudah-mudahan ianya menjadi mizan amal soleh di akhirat kelak, Insyaallah...ameen YA RABB.

Habis Gelap, Terbit lah Terang...


Syed Qutb Pictures, Images and Photos

Aku menulis bukan kerna nama, aku menulis hanya kerna agama.

1 ulasan:

sabiq berkata...

mabruk2...teruskn usaha.. tls pasal sabah jgk dong