Betapa indahnya alam ini. Binatang dan serangga yang bemacam jenis, buah-buahan yang pelbagai rasa, manusia yang pelbagai ragam, hidupan laut yang tidak terbilang. Disebabkan pelbagai ragamnya alam ini dan cukup mengasyikkan pandangan mata, sepatutnya kita berasa gembira. Tetapi kenapa kita memilih untuk bersedih hati?
Ada serangga kecil, ada serangga besar, ada haiwan merangkak, ada juga yang berkaki dua. Terlalu indah dan uniknya ciptaaan Allah. Cuba kita mendongak ke atas awan dan perhatikan burung yang terbang bebas dengan mengepakkan sayapnya dan burung itu tidak akan jatuh menghempas ke dataran bumi. Adakah kita yang menahannya atau Allah yang menahannya agar mampu bergerak ke sana dan ke mari. Sepatutnya kita perlu bersyukur melihat burung itu terus berkicauan namun kadang-kadang kita kurang mengambil pengajaran bahawa yang mencipta ini semuanya adalah Allah.
Lihatlah pula buah yang pelbagai rasanya. Zda yang pahit, manis dan masam. Ditanam dengan tanah yang sama tetapi mengeluarkan rasa yang berbeza-beza. Jika petani mogok tidak mahu menanamnya, pasti kita merungut kesukaran. Pernahkah kita sedar siapakah yang menggerakkan awan. Melalui awan itu turunnya hujan mencurah-curah membasahi bumi seterusnya menyuburkan tanaman. Buah yang manis itu dapat kita makan. Maka nikmat Tuhan yang manakah cuba kita dustakan? Hayatilah firman Allah:
“Dan di antara tanda-tanda-Nya (ialah) bahawa Engkau lihat bumi kering dan
gersang, maka apabila Kami turunkan air di atasnya, nescaya ianya bergerak
dan subur. Sesungguhnya Tuhan Yang menghidupkannya, Pastilah dapat
menghidupkan yang mati. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala
sesuatu.” (Fussilat 41: 39).
Cuba perhatikan pula matahari, bulan, bintang dan cakerawala alam yang indah bergemerlapan di waktu-waktu santai kita memandangnya penuh keasyikan. Pastinya langit yang biru itu begitu mempesona dihiasi dengan bulan dan bintang. Matahari pula sifatnya cukup panas dan mampu mengeringkan pakaian. Bulan yang indah menyinari pada waktu malam sehingga kita leka menikmatinya di pesisiran pantai. Lalu kita perhatikan pula bintang-bintang digunakan sebagai panduan arah perjalanan yang tidak terkira banyaknya. Bintang itu hakikatnya lebih besar daripada mentari di siang hari. Adakah semua ini cukup membuatkan kita bersyukur terhadap kurniaannya yang tidak terhitung?
Lihatlah pula pada anggota tubuh kita. Mata yang boleh melihat kebesaran Allah. Telinga berfungsi mendengar kalam-kalam manusia. Jika ditarik nikmat mendengar, sudah tentu terasa asing hidup di muka bumi. Tanpa bunyi-bunyian, tanpa faham apa yang dituturkan orang. Terasa hidup keseorangan. Jika diberi pilihan harta seluas Uhud dan telinga sepasang, sudah tentu nikmat pendengaran yang menjadi pilihan. Melalui telinga kita memahami perbualan dan mendengar lantunan ayat-ayat al-Quran. Bersyukurkah kita terhadap nikmat ini?
"Dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?"( Adz-Dzariyyat 51: 21)
Semua nikmat yang Allah kurniakan hendaklah disyukuri dan dihayati. Namun kita terus alfa dan masih lagi melakukan kemaksiatan. Telinga kita masih mendengar perbualan caci maki. Mata masih lagi melihat benda haram.
Kita masih lagi bertangguh-tangguh melakukan ibadah. Solat sering sajaha di akhir waktu, kikir untuk bersedekah, pentingkan diri, tidak mengambil peduli urusan umat Islam. Kita merasakan diri sendiri paling terbaik. Manusia lainnya kerdil. Sifat tamak menguasai diri dan kita membawa sekeping hati yang amat parah untuk diubati. Kita menjangka semakin tenang dengan apa yang kita miliki tetapi tanpa sedar dengan melupakan tuhan hanya menjadikan kita bertuhan hawa nafsu. Sekeping hati yang menuju kepada sebuah kematian!
Dalam diri kita masih inginkan kebaikan. Dalam hatmerasai nikmat HATI yang tenang. Lupakah kepada firman Tuhan:
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram
(Ar-Ra'du: 28)
Jangan Bersedih, selepas gelap terbitlah terang.
Jangan bersedih, Tuhan mencipta kebaikan untuk engkau melupakan kejahatan.
Apakah dengan berfikir masa lampau yang penuh kelam boleh mengembalikan semula semangat yang hilang?
Jangan bersedih, fokus hari ini, jangan menarik fikiran ke belakang, jangan pula bersangka2 hari yang mendatang kerana hari depan itu belum dicipta. Buat yang terbaik pada hari ini kerana hari ini anda sudah terlalu sibuk.
Jangan bersedih. Apakah awan yang berarak ingin ditahan pergerakannya, mentari yang memancarkan sinarnya kembali ditempat terbitnya?
Jangan bersedih. Selepas kesulitan ada kesenangan. Apakah ingin menghabiskan sisa-sisa kehidupan dengan kesedihan. Kesedihan menampakkan wajah yang kurang ceria dan tidak disenangi. Bergembiralah kerana syurga itu dihiasi dengan insan2 yang penuh kegembiraan dan kenikmatan. Lupakah nasihat junjungan mulia kepada sahabatnya, Abu Bakar di Gua Thur ketika dikejar oleh musuh-musuh Allah?
"Jangan bersedih sesungguhnya Allah bersama kita".
Janganlah kamu berasa hina dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamu orang yang paling tinngi darjatnya jika kamu beriman (Ali-Imran: 139)
Teruskan beramal, buat kebaikan untuk masa depan Islam kerana itulah tujuan hidup diciptakan.
"Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah (Az-zaariaat 51:56)
Ukirlah sebuah senyuman untuk menghilangkan kesedihan ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan