"Awak dari Jemaah mana"? Bentak Fairuz kepada
Nizam.
"Owh, budak tu lah pembawa perpecahan kat pelajar Mesir
ni, ikut sangat lah cakap dia tu, hm..." kata Ahmad kepada Fikri sambil
menzahirkan rasa tidak puas hatinya.
"Kalau nak bersatu, duduk sama-sama, ni tak, buat agenda lain
kat belakang, haru-biru kita dibuatnya." kata Zahid dengan tegas.
Antara isu yang cepat panas sepanas "pisang
goreng".
"Bukan tak nak bersatu, ana tengok benda ni silap
daripada sudut ni".
"Kesatuan yang bagaimana kita harapkan, aku bukan jahil
sangat bab agama ni, benda ni memang dah khilaf para ulama' daripada dahulu
lagi".
"Insyaallah, jika kita betul-betul ikhlas berjuang,
kita tak tengok pun dia dari jemaah mana, kita terus je bekerja meninggikan
syiar Islam.
Seperti tidak ada kesudahan. Dimanakah titik noktahnya?
Isu ini menjadi topik perbualan di bibir-bibir mahasiswa
Islam. Seolah-olah tidak ada endingnya. Ditambah lagi dengan fasa imtihan yang
semakin hampir. Menjadi kebiasaan, musim imtihan ianya kembali hangat lagi.
Adakah mahasiswa mencari jalan mengurangkan rasa strees dengan menterjemahkan
isu ini dilaman sosial seperti facebook dan twitter? Seperti luka lama yang
kembali berdarah. Mungkin ungkapan ini agak kasar bunyinya, mungkin?
Allahuakbar.
Diri ini sering berfikir, bilakah ianya berakhir? Perlukah
wujud seorang "pengadil" yang dihormati oleh kedua-dua belah pihak?
Atau kita rela dan senang hati meneruskan "trend" berbalah ini tanpa
ada kesudahan?
Perlu diingat teman-teman, perlu diambil cakna wahai
sahabat-sahabatku, selagi tidak terbabas daripada landasan syariat, perbezaan
pendapat tidak akan merugikan Umat Islam jika disulami dengan rasa ukhuwwah
atau persaudaraan yang tinggi.
Ya, rasa ukhuwwah yang padu.
Bukan sekadar itu, ilmu dalam memahami perbezaan itu terlalu
penting agar tidak taqlid semata-mata terhadap sesuatu pendapat. Bagi orang
awam yang kurang mempu mengkaji dan menganalisis dalil, taqlid sesuatu pendapat
agak bersesuaian dengan mereka. Namun digalakkkan bagi mereka berusaha menjadi
seorang pengkaji.
Untuk yang terpelajar pula, usah menjadi pelajar yang
hanya menerima bulat-bulat sahaja. kita adalah mahasiswa, bukan lagi pelajar
sekolah menengah yang hanya menadah dan menerima semata-mata. Berusahalah untuk
menjadi seorang pengkaji yang baik, berdisiplin dan faham akan ilmu yang
dipelajari. Apabila berlaku perbezaan pendapat, ada hujjah yang diyakini, ada
dalil yang diikuti.
Perbezaan itu sering tercetus disebabkan kadar kemampuan si
pemikir untuk mamahami sesuatu ilmu. Oleh itu, penting untuk kita bersama-sama
duduk semeja berdiskusi dan bertoleransi terhadap pendapat yang diutarakan.
Apabila seseorang melontarkan pandangan dan mengemukakan
hujjah dan dalil, rasa sayang perlu disuburkan di dalam diri. Boleh jadi
pendapatnya betul dan pendapat kita pula yang sebenarnya silap. Perbezaan itu
perlulah dilapik dengan rasa persaudaraan yang tinggi.
Duduk berbincang, adakan pertemuan atau forum yang sihat
supaya khilaf itu mampu diambil manfaat bagi para pendengar. Masyarakat
rata-ratanya amat dahagakan perbincangan yang berkualiti demi kemaslahatan umat
Islam pada hari ini. Selagi kita mampu mempunyai sifat lapang dada seperti itu,
saya yakin dan percaya, pelbagai masalah hati dapat diselesaikan, pelbagai
sangka buruk dapat dihindarkan.
Tidak berpihak itu mustahil, namun apa yang diinginkan
adalah kejujuran.
Jujur pada agamanya, jujur pada tingkah lakunya dan jujur
dengan ilmu yang dibawa.
Kita bertolong-tolong dalam perkara yang kita sepakati dan
berlapang dada terhadap perkara yang kita perselisihkan.
Akan terzahir masyarakat yang saling hormat-menghormati,
bertukar-tukar pandangan dan bersifat terbuka.
Ianya bukanlah perkara mudah. Namun, bukan pula mustahil
untuk diterjemahkan kerana Allah jugalah yang dapat menyatukan hati-hati
manusia. Kita dituntut berusaha kearah kesatuan tersebut agar umat Islam
umumnya menikmati manfaat daripada persepakatan yang dimaksudkan tersebut.
Selagi ianya tidak bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah, selagi tidak
bertentangan dengan ajaran Islam yang mulia.
Jom kemukakan dalil, jom berlapang dada, Insyaallah sinar
agama tauhid akan menyinari umat Islam umumnya dan umat dunia seluruhnya ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan