Isnin, 7 September 2009

Jemaah Tabligh: Antara suka dan gelisah

Selepas sahaja selesai bayan, (tazkirah) Maulana Yusuf pun berkata, "Insyaallah, siapa yang bersedia untuk keluar 40 hari ke India?
Maka ada pelajar-pelajar Malaysia yang mengangkat tangan. "saya bersedia", sahut Razali, pelajar tahun 2 Maahad Qiraat Shoubra.

sape tak mandi angkat tangan... Pictures, Images and Photos

Siapa lagi?

"Saya pun bersedia". Sahut yang lain lagi.

Alhamdulillah, Semoga Nusrah Allah itu datang disebabkan pengorbanan kita, tambah Maulana Yusuf lagi.

Maulana Yusuf pun menyambung bayannya.

"Cuba kita perhatikan seorang Petani, usaha ini ibarat usaha petani ke atas sawah. Dia menjaga sawahnya dengan baik, dibajaknya dan ditanam dengan Padi. Jika Si Petani itu membiarkan sahaja sawah padinya tanpa penjagaan rapi, apa yang akan jadi pada tanamannya, tentu sahaja padinya akan mati dan sawahnya hanya diganti dengan lalang-lalang semak.

sawah Pictures, Images and Photos

Begitu jugalah usaha atas agama, jika kita biarkan, yang menggantikan hanyalah maksiat dan kekufuran. Seperti padi sawah yang digantikan dengan lalang-lalang semak yang tumbuh tinggi. Lama-kelamaan padi akan mati dan lalang-lalang semakin banyak dan menyakitkan pandangan mata. Ibarat agama kita, jika tidak dijaga dengan Iman, agama akan lari dari kita", kata Maulana Yusuf dengan penuh semangat.

Kata-kata yang sungguh memberi kesan kepada para pendengar.

PENGALAMAN BERSAMA JEMAAH TABLIGH

Markas Tabligh di Kaherah, Mesir terletak di Hayyu Sabi', berdekatan dengan rumah Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan. Ketika malam Jumaat, akan adanya apa yang diistilahkan oleh pelajar2 Malaysia sebagai malam markas. Biasanya Seorang Syeikh Mesir akan memberikan tazkirah seusai solat Isyak. Selepas itu makan malam akan dihidangkan kepada Jemaah yang hadir. Tukang masak pada hari itu diistilahkan sebagai orang yang 'khidmat'.

" Wah, lepas ni ada makan, bisik hati kecil saya.

Ya, apa yang menariknya, makanan yang dihidangkan bukan hanya setakat roti arab dan Tomyah(sejenis makanan Arab Mesir), lauknya kali ini memang cukup menyelerakan. Nasi mandi (hadaramaut) selalu juga disediakan untuk para Jemaah yang hadir. Pengorbanan mereka ini diistilahkan sebagai orang yang 'Ikram'. Sungguh mulia akhlak orang-orang Tabligh ini.

Jemaah Tabligh sebenarnya berasal dari India yang diasaskan Maulana Ilyas. India, Pakistan dan Bangladesh (I.P.B) antara negara yang mempelopori perjuangan ini. Di India juga terdapatnya ramai tokoh2 muhaddis( ahli hadis) yang menjadi rujukan ilmu buat umat Islam. Ada seorang rakan saya memberi pesan, "nak belajar hadis pergilah India". Tidak terlalu berlebihan jika saya mengatakan Ulama-ulama hadis di India lebih kehadapan berbanding bangsa Arab sendiri daripada segi ilmu hadis.

dhuha Pictures, Images and Photos

Ada satu yang menarik daripada Jemaah Tabligh ini.

Bagi mereka yang biasa berjinak-jinak dan mendengar perihal orang-orang Tabligh, istilah keluar dijalan Allah sudah menjadi wadah perjuangan mereka. Keluar 3 hari, 40 hari dan Setahun semata-mata atas maksud dakwah. Berjalan dan mengetuk pintu2 rumah, bertanyakan khabar dan menyampaikan pesanan iman dan amal antara usaha yang dilakukan. Dakwah mereka tertumpu di masjid2, meramaikan ahli dan membentuk satu kekuatan amal2 Infradi, seperti baca Al-Quran, mendengar ta'lim dan bangun Qiam di malam harinya.

"Hanya iman amal tuan2 dan rahmat Allah yang menjamin kehidupan di hari Akhirat, Jelas si Ahmad, seorang ahli Tabligh yang konsisten.

Beliau pun menambah lagi.

"Usaha dakwah ini dikiaskan seumpama barang2 keperluan. Tengok produk Jepun, semuanya masuk ke rumah-rumah kita. Selipar Jepun, kipas Toshiba, Hanset model Nokia, TV 20 inci Jenama Hitachi sudah tidak asing lagi . Semua usaha2 yang dilakukan agar rumah itu menjadi sebuah rumah yang lengkap dan selesa". Terang Ahmad dengan panjang lebar.

"Begitu jugalah dengan Iman kita wahai tuan-tuan yang mulia. Usaha mengajak manusia ke jalan Allah. Cakap akan kebesaran Allah dan nafi kekuatan makhluk, hanya Allah itu yang maha kuasa, makhluk tiada apa2 kuasa. Dengan asbab makanan, kita pun kenyang. Hakikat yang memberi kenyang hanyalah Allah Taala. Sepertimana barang2 Jepun masuk ke rumah2, begitulah usaha dakwah kita ini masuk ke dalam hati2 manusia". kata Ahmad dengan penuh semangat.

Allah Pictures, Images and Photos

Ya, itulah antara ucapan-ucapan ahli Jemaah Tabligh.

DAKWAH YANG LUAS

Hish, aku jijik lah tengok orang tu, bajunya serabai je, tak boleh ke nampak kemas-kemas sikit. Ujar Kak Fatimah dengan nada yang gelisah.

"Kain jemuran siapa ni diletak kat sini, hei, geramnya aku, ni mesti kerja orang yang berserban dan berjanggut tu, menyampah betul aku,"marah Pak Samad, selaku ahli jawatankuasa tinggi di dalam masjid itu.

"Apahal asyik datang ke rumah ni, takde rumah lain lagi ke"? geram Pak Itam.
"Eh, jangan marah pak cik, kami sebenarnya nak ziarah orang-orang Islam sahaja, atas maksud nak belajar-belajar berdakwah". Balas Saiful, seorang remaja lepasan SPM.

Apa, ko ingat aku ni tak pandai berdakwah, anak-anak aku semua sudah pergi sambung Oversea, tak macam ngko budak mentah belajar tak habis," kemarahan Pak Itam semakin hilang kawalan.

Apa komen anda?

Hari ini rata-rata masyarakat memandang jumud dan sepi kepada usaha-usaha Tabligh. Bagi sesetengahnya mengatakan orang2 yang berjanggut dan berserban serta membawa ke hulu hilir barang2 keperluan untuk ke masjid sebagai dakwah yang ketinggalan zaman.

Apakah pendirian kita? memandang serong terhadap usaha orang-orang seperti ini?

Dakwah itu luas. Tidak dapat dinafikan, dakwah pada hari ini memerlukan usahasama setiap pihak bagi melihat Al-Quran dan As-Sunnah itu menjadi panduan hidup umat sejagat. Islam itu, agama yang indah. Islam mengajar umatnya agar berlapang dada diatas perkara2 yang berbeza tanpa terbabas di atas landasan syara'. Semasa saya di Darul Quran dahulu, Ustaz saya berpesan supaya menghormati orang yang berbeza pandangan dan cara metod dakwah sesuatu Jemaah.

"Dakwah ini pelbagai, ada yang bersesuaian dengan cara ketuk-ketuk pintu, pergi rumah ke rumah. Ada pula yang memahami dakwah dengan menyertai badan-badan kebajikan dan berkempen pada pilihanraya, ada yang berceramah di masjid, ada yang berjuang di bidang ekonomi untuk menghasilkan produk Islam. Pelbagai persepsi mengenai dakwah," Terang ustaz Azri.

"Jika seorang tidak suka dengan cara dakwah kita, dia boleh memilih dengan dakwah yang bersuaian dengan jiwa ikhlas mereka, sekurang-kurangnya, jemaah yang lain mampu menampung dan membawa manusia ke jalan yang diredhai oleh Allah", nasihat abg. Hisyam.

Mencari aib2 kelemahan sesuatu Jemaah, hanya merugikan ummah.

Dalam kesempatan yang terbatas ini, penulis menyeru diri sendiri dan pembaca2 yang budiman agar kita berlapang dada terhadap insan2 yang memperjuangkan Islam dengan metod dakwah yang berbeza. Sikap membelakangkan keperluan pihak yang lain akan menjadikan kita berkeras dengan pendapat sendiri sehingga tidak mampu melihat kebenaran di hadapan mata.

Tidak semua orang di dalam Jemaah Tabligh itu berpakaian compang-camping, ada sahaja yang berpakaian kemas dan menampakkan imej Islam yang sempurna. Bukan semua dikalangan mereka yang meninggalkan anak Isteri, sehingga lapar tanpa penjagaan. Bahkan terdapat dikalangan mereka sanggup bersusah payah menguruskan perbelanjaan menampung hidup keluarga. Hanyalah sebilangan kecil sahaja di antaranya yang berdakwah tanpa ilmu pengetahuan di dada.

Man in turban Pictures, Images and Photos


Bagi mereka yang memandang serong usaha dakwah Tabligh, saya ingin membuat satu perbandingan. Umpama kita membeli sebuah kereta Mercedes Benz, segala kemudahan yang ada pada kereta itu sudah cukup lengkap. Kereta yang mahal dan berkapasiti tinggi mampu menjadikan pemanduan yang lebih cermat ketika di jalan raya. Dengan takdir Allah, kemalangan pun berlaku.

Pada pandangan saudara2 semua, hendak disalahkan kereta atau pemandu kereta yang cuai semasa melakukan pemanduan? kereta sudah elok, enjinnya pun boleh tahan, tapi kemalangan tetap juga berlaku.

Begitu jugak seperti Jemaah Tabligh tersebut, hendak disalahkan Jemaah atau individu Tabligh yang mencemarkan Jemaah?

Ada peribahasa mengatakan, Jangan disebabkan nyamuk, habis semua kelambu dibakar.

Mudah-mudahan tulisan yang sedikit ini membawa pencerahan kepada jiwa kita.

Nyamuk gendeng Pictures, Images and Photos

Persoalannya, adakah kita bercita-cita menjadi seperti "NYAMUK" tadi?? Tanyalah Iman kita.

3 ulasan:

Wardatul Asfar berkata...

Perjalanan dakwah kita masih jauh.Semoga sama-sama thabat di dalam perjalanan ini..

IBNU ARAHMAN berkata...

jauh tak nak pg markas dari rumah anak negeri

IBNU ARAHMAN berkata...

ana nak minta bantuan dari anta.
boleh bg tau route nak ke markas..
ana dari rumah n9. harap d permudahkan Allah.