Jumaat, 18 September 2009

Moga ku Bertamu dan Bertemu lagi dengan Ramadhan

Ramadhan,
ku menunggu penuh harap,
untuk mendapat naungan rahmat,
moga Allah kabulkan hajat,
takwa umat Muhammad.

Ramadhan,
masa ku isi dengan padat,
agar tidak berlalu tanpa ibadat,
akan ku kerah jiwa raga penuh taat,
untuk beribadah kepada rabb,
kerna disitu ada ganjaran hebat.

Namun,
Masihkah berpeluang ku mengecap nikmat,
bersama dengan fadhilat,
bertamu dan bertemu dengan selamat,
kerna,
tidak ketahuan bakal bersua lagi.

Bila berlabuh Ramadhan,
Inginkah diri ini kembali ke masa silam,
dipalit dengan dosa2 kelam,
yang merosakkan akal fikiran,
bukan disebabkan adat,
atau hanya semangat2,
katakanlah tidak.

Agar ramadhan kali ini berkesan,
untuk ku terap di lain2 bulan,
mencari sebuah keinsafan,
berjuang di landasan iman,
kerna ku tahu,
aku ingin menjadi manusia yang rabbanian,
bukannya sekadar ramadhanian.

sedih Pictures, Images and Photos

1 ulasan:

Ana Sukainah berkata...

salam ziarah..posting yg menarik..!! selamat beramal..