Sabtu, 5 September 2009

Ramadhan yang bagaimana?

Salam Ramadhan..macamana dengan puasa anda, ada beza dengan ramadhan2 yang sebelumnya? dikesempatan yang singkat ini marilah kita menadah tangan berdoa kepada Allah s.w.t semoga diampuni dosa2 kita di bulan yang mulia ini.

Banner Ramadhan Pictures, Images and Photos

Ramadhan menguji kemampuan manusia, sesetengah mereka menganggap Ramadhan adalah waktu payah bagi mereka. Berpuasa dari pagi hingga ke petang, menahan lapar dahaga, ditambah lagi dengan bebanan pekerjaan, menyebabkan mereka tergolong dikalangan orang yang hanya dapat lapar dan dahaga.

Namun, beruntung lah bagi mereka yang menganggap Ramadhan adalah titik perubahan bagi mereka. Inilah waktu yang sesuai untuk perokok tegar berhenti daripada merokok. Amat menguji jiwa bagi sang perokok, yang kerap kali merokok tidak kira waktu, siang atau malam. Namun sekurang-kurangnya, madrasah tarbiah Ramadhan menghadkan waktu dan jumlah kuantiti rokok yang dihisap dan selepas ini boleh mengatakan TIDAK kepada rokok buat selama-lamanya. Proses ini sebenarnya mampu dilakukan jika kita bersungguh ke arah itu.

rokok Pictures, Images and Photos

Ramadhan juga adalah medan untuk melatih takwa. Takwa adalah barangan yang mahal di dalam diri seorang muslim kerana dengan takwalah seseorang itu mendapat kemuliaan disisi Allah. Penilaian Allah terhadap hamba-hambanya adalah berdasarkan takwa. Lebih tinggi takwa seseorang itu, maka lebih mulia ia pada pandangan Rabbul Jaliil.

Persoalannya, sejauh manakah Ramadhan ini melatih jiwa kita? adakah Ramadhan yang kita lalui seperti melepaskan batuk di tangga? yang membawa maksud Ramadhan yang kita lalui atas dasar semangat2 sahaja. Tengok sahabat kita berpuasa, kita pun semangat hendak berpuasa, tengok orang lain bertadarrus Al-Quaran, maka kita pun bertadarrus sama. Perkara yang berlandaskan semangat semata-mata tidak membuah natijah yang baik kerana jika ada perasaan semangat, maka ada hari kita tidak akan bersemangat dan lemah. Maka, kita akan melihat masjid yang pada awal Ramadhan dipenuhi oleh kebanyakan manusia. Namun, pada hujungnya, kita akan akan menyaksikan fonomena TIANG MASJID lebih banyak daripada penghuninya. Subhanallah, padahal penghujung Ramadhan atau sepuluh akhir Ramadhan adalah waktu diturunkan lailatulqadar, yang dikatakan beribadah pada waktu itu lebih baik daripada seribu bulan menurut pendapat yang masyhur. Disinilah faktor niat seseorang diambil kira. Jika Ramadhan diisi atas dasar faham, kita akan merasakan adalah lebih baik jika semua bulan2 yang lain seperti bulan Ramadhan kerana faham akan hikmah2 yang terkandung di dalamnya, balasan2 pahala yang dikurniakan dan pengampunan dan redha Allah yang diharapkan.

Ramadhan juga melatih kita untuk mengekang nafsu. Seseorang yang tidak dapat menahan nafsu mereka di bulan ini lebih teruk kesannya pada bulan2 yang lain. Ini adalah kerana puasa mengajar kita melatih diri untuk mengatakan tidak kepada sesuatu benda. Tidak makan dan minum, tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa, tidak mengumpat dan mencela dan serba-serbi perkara tidak, boleh dilaksankan pada bulan Ramadhan. Namun, jika perkara ini pun tidak dapat dilaksanakan di bulan barakah ini, macamana pula di bulan-bulan yang lain. Sudahlah nafsu perut tidak dapat dibendung, bagaimana pula ingin mengawal nafsu syahwat? yang saban hari pengaruh di kiri kanan kita.

Syaitan telah ditambat tetapi mengapa masih ada lagi manusia yang berperangai syaitan di bulan Ramadhan? minta maaf jika ayat2 ini agak keras bunyinya. Sekurang-kurangnya ia menjadi nasihat untuk diri penulis sendiri. Namun kita lupa, bahawa nafsu itu sentiasa bersama kita, nafsu itu adalah diri kita sendiri. Nafsu yang membawa kepada perkara2 yang bathil, nafsu yang mendorong manusia supaya lupa kepada tuhannya, cukuplah jika kita mengatakan kita mengambil tuhan selain Allah dengan menjadikan nafsu sebagai rajanya. Na'uzubillah. Perkara ini berpunca daripada nafsu yang tidak dapat dikawal dan disekat. kita berlindung kepada Allah daripada terpengaruh daripada perkara-perkara seperti ini.


syaitan Pictures, Images and Photos


Akhir kalam, Semuga Ramadhan ini dapat dipenuhkan dengan zikir dan fikir yang mengarah kepada pengawalan nafsu diri demi keredhaan Allah. Selamat bersahur dan berpuasa. Janganlah kita menjadi daripada sesetengah orang yang sibuk berpuasa dan berniaga, sampai terlepas solat maghribnya. Mak saya pernah berpesan, banyak orang boleh berpuasa, tapi ramai orang yang tidak boleh bersembahyang, fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

Semoga kita tidak tergolong dikalangan orang yang lalai dan leka di bulan puasa ini.

Indahnya Ramadhan jika ia disusuli dengan amalan.

wassalam.

Tiada ulasan: