Sabtu, 5 September 2009

Ramadhan yang sama, natijah yang berbeza..

Alhamdulillah, kita ditemukan di dalam Ramadhan al-mubarak, bulan yang mana pahala digandakan, bulan kerahmatan, maghfirah dan pembebasan daripada api neraka..maha suci Allah yang menjadikan kita semua kerana sempat dipertemukan dengan Ramadhan tahun ini.
Pada kali ini Ramadhan telah masuk separuh masa kedua, walaupun saya masih tidak tahu lagi tentang kalimah "awwaluhu rahmah waausatuhu maghfirah wa akhiruhu 'itqan minannar", sama ada hadis atau pun sekadar kata2 yang baik, namun, jika ia sebuah hadis yang dhaif, ia boleh digunakan untuk fadhail amal(tidak menjadi masalah untuk diamalkan) yang membawa maksud amal itu boleh diamalkan sendiri2 sahaja tanpa boleh digunakan untuk hujjah.

yoffandy Pictures, Images and Photos


Semasa saya meluangkan masa bersama sahabat2 Tabligh di bumi anbiyak ini, atas maksud mahu belajar2, sebagai seorang yang rendah ilmunya, demi mencari mutiara berharga agar dapat dimanfaatkan sekembalinya pulang ke tanahair, teringat akan kata2 seorang amir sab(ketua rombongan Tabligh), dia melafazkan kata2 yang cukup segar dan bernas yang saya terjemahkan di dalam bahasa melayu (semua Hadis itu adalah kata2 yang baik, tapi tidak semua kata2 yang baik itu adalah Hadis). Disini saya membawa satu contoh kata2 yang baik seperti "Cinta kepada negara adalah sebahagian daripada Iman". Apa yang saya belajar dengan berguru dengan seorang Syeikh, ia bukan lah Hadis, tapi merupakan kata2 yang baik.


ilmu Pictures, Images and Photos



Kita tinggalkan permasalahan ikhtilaf tersebut, namun apa yang ingin diketengahkan disini ialah amalan2 yang kita lakukan di dalam bulan Ramadhan, semakin bertambah atau berkurang, atau permulaan Ramadhan sahaja kita nampak gah, dan hari2 Ramadhan yang terus berlalu hanya sebagai rutin melengkapkan puasa dengan menahan lapar dan dahaga sahaja? sedangkan Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang membawa maksud:



“Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa” [riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068]



Maka, jadikan lah puasa Ramadhan pada tahun ini titik perubahan bagi kita. Semoga coretan ini dapat meningkatkan tahap ketakwaan kita kepada Allah. Rebut lah baki Ramadhan kita pada tahun ini di SEPARUH MASA KEDUA PIALA TAKWA. Sepertimana firman Allah yang bermaksud:



“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah difardhukan ke atas kamu sebagaimana ia telah difardhukan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183].

Ramadhan yang sama, natijah yang berbeza...








Tiada ulasan: