Ahad, 13 September 2009

11 September: Hikmah Disebalik Peristiwa

Islam fobia?

Radikal Islam?

Ekstimis Jihad kumpulan militan?

Ungkapan-ungkapan yang hangat kedengaran pasca 11 september 2001.

counter terrorrist Pictures, Images and Photos

Barat yang keparat mendakwa atas nama memerangi 'keganasan' merelakan pembunuhan kejam ke atas Umat Islam. Lihat sahaja negara seperti Iraq, Afghanistan dan bumi perjuangan Umat Islam, Palestin, saban hari terlihat di dada2 akhbar memenuhi sorotan siri keganasan puak-puak yang tidak senang dengan keindahan Islam. Jihad yang suci telah disalah tafsirkan oleh barat sebagai unsur keganasan dan kekejaman. Namun sehingga ke hari ini tidak ada satu pun bukti yang konkrit dan benar bahawa punca berlakunya keruntuhan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York adalah didalangi daripada kumpulan2 Islam. Akhirnya wujudlah apa yang diistilahkan sebagai Islam fobia yang tidak tahu di mana asal usul sesuatu perkara itu berlaku.

Permainan provokasi yang sengaja diada-adakan.

Siapakah dalang di sebalik kejadian runtuhan itu berlaku?

Runtuhan yang mengorbankan 2, 801 nyawa rakyat Amerika Syarikat dan warga2 negara yang lain. Apa yang pasti ada seseorang yang begitu terkenal dalam hal ini.

Osama bin Laden..

osama Pictures, Images and Photos

Nama yang tidak asing disebalik peristiwa itu. Walhal ketika saya berada di Tawau, ada Ibubapa yang menamakan anaknya dengan nama tersebut. Saya rasa mungkin keluarga ini inginkan anaknya menjadi seorang yang berani dan hebat seperti Osama bin Laden.

HIKMAH DISEBALIK PERISTIWA

Masih segar lagi diingatan, ketika itu saya berada di Hospital Besar Tawau menjaga emak saya yang tengah sakit. Didalam ruang Wad Hospital itu terdapat sebuah televisyen, sedang saya pula asyik leka bersebelahan katil emak saya menonton Sukan SEA yang juga tengah hangat pada waktu itu. Al-maklumlah, pada masa itu umur saya telah mencecah 14 tahun dan masih menuntut di Sekolah Menengah Islamiah Tawau dalam form 2.

Bagaikan sebuah cerita-cerita dogengan di layar perak, dalam hospital, saya duduk melihat berita terpampang di kaca televisyen menyaksikan sebuah kapal terbang melanggar sebuah bangunan yang mengakibatkan runtuhnya bangunan yang tersergam Indah tersebut. Saya masih tidak tahu apa cerita disebalik peristiwa itu kerana suara televisyen yang tidak seberapa jelas kedengaran. Selepas itu, barulah saya tahu ada peristiwa besar dunia berlaku di mana runtuhnya Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York.

WTC Pictures, Images and Photos

Alahai, sambil-sambil menjaga mak masih sempat lagi melihat televisyen.

Peristiwa 11 September meninggalkan kesan yang mendalam dan trauma di kalangan keluarga tragedi. Trauma yang disusuli pula oleh sebuah tuduhan. Tuduhan yang hanya ditujukan kepada Umat Islam yang dikaitkan dengan Terorrist ataupun pengganas.

Namun, ada banyak hikmah yang berlaku disebabkan kejadian tersebut. Penulis bukan ingin mencari siapakah dalang disebalik peristiwa itu kerana saya bukanlah seorang "detective" sepertimana cerita bersiri kartun popular "Detective Conan" yang dapat menyelesaikan krisis2 kritikal sesuatu pembunuhan. Apa yang ingin diketengahkan disini ialah hikmah disebalik peristiwa terbabit. Tuduhan-tuduhan yang tidak berasas dan bukti2 yang tidak kukuh hanya menyebabkan masyarakat tertanya-tanya, Adakah Islam ini menganjurkan keganasan? Adakah Islam ini menghalalkan darah umat manusia sejagat?

Persoalan ini bermain-main dikotak pemikiran bagi yang ingin mencari sebuah kebenaran. Sejurus peristiwa itu, Islam fobia yang diputar belit oleh barat hanya menggerakkan minat dunia untuk memahami Islam dan kehidupan penganutnya. Bahan penerbitan yang berunsurkan Islam semakin banyak yang terjual. Malah terjemahan Al-Quran pernah muncul dalam senarai buku-buku yang paling laris di Amerika Syarikat sejurus selepas kejadian terbabit.

Rupa-rupanya ada sekelompok manusia ingin dekat dengan agama Islam.

Tragedi yang berubah kepada sebuah pencarian dan disusuli pula dengan berduyun-duyun manusia memeluk agama Islam. Inilah yang dimaksudkan dengan perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan.

MALAYSIA YANG TENAT

"Ish, teruknya budak tu, kecik2 dah hisap rokok, nanti besar tak tahulah apa yang nak jadi." Fatimah menyatakan kebimbangannya.

" Jiran sebelah rumah aku, lagilah. Anak dia dah rosak dah," Tambah Shuhaida.

"Tu tak tengok lagi kes murtad disebabkan terikut kata-kata teman lelaki," jelasnya lagi.

sosial sosial Pictures, Images and Photos

Di waktu ramainya manusia di sebelah barat sana ingin mengenal agama Allah, lain pula halnya berlaku di negara yang mempunyai latar belakang Islam yang kukuh. Mereka ini ingin manjadi lebih barat dari barat.Sebagai contohnya, budaya songsang dikalangan remaja, cintan-cintun nafsu serakah dan tarian rap sampah sarap, ibubapa yang sibuk urusan dunia sehingga lupa nasib anak-anak, pemimpin yang korupsi dan jahil agama, rasuah yang berleluasa dan pelbagai lagi yang hanya menjadikan masyarakat semakin hanyut dan melupakan Al-Quran dan sunnah kenabian.

Budaya barat yang baik boleh dijadikan contoh, tapi sebilangannya lebih suka mengambil budaya barat yang keparat.

Ketika Umara' dan ulama' memainkan peranan dan tanggungjawab membetulkan persepsi dunia terhadap Islam, terdapat pula sebahagian besar Umat Islam yang hanya mengeruhkan keadaan tanpa pembaikan. Mereka ini hanya menjadi duri dalam daging terhadap Umat Islam keseluruhannya. Apa tidaknya, pembuat filem barat yang menampilkan gambaran salah umat Islam, orang-orang Islam yang tidak faham Islam ini pula yang telah megiyakan gambaran salah tersebut.

Soalnya, siapakah yang mampu mengembalikan masyarakat yang tenat ini kalau bukan mereka yang berjuang ikhlas menegakkan Islam.

Dimanakah Salahuddin Al-Ayyubi umat akhir zaman? Siapakah yang mampu mengembalikan zaman kegemilangan Umar Abdul Aziz, dimana pada waktu itu seekor serigala pun boleh bersahabat baik dengan seekor kambing. Dimana pula pewaris Sultan Muhammad Al- Fateh, seorang sultan yang tidak pernah meninggalkan solat Tahajjud sejak dari baligh lagi.

Mungkin cara yang berkesan untuk membetulkan salah faham tersebut adalah dengan menguasai informasi komunikasi dan teknologi (ICT), ataupun kita membetulkannya dengan mempamerkan akhlak mulia kita sebagai seorang muslim. Akhlak mulia yang dapat dipupuk berpandukan tarbiyah dan mujahadah.

Kehidupan di dunia adalah ini satu perlumbaan. Kita berlumba-lumba untuk memperbanyakkan amal soleh dan Allah menjadikan kehidupan dan kematian untuk melihat siapakah yang paling baik amalannya. Maka, akhlak nabi Muhammad s.a.w yang indah menjadi contoh sehingga memikat orang-orang bukan Islam berbondong-bondong mengikuti perjuangannya.

Salah faham yang mampu diperbetulkan.

fikir Pictures, Images and Photos

Namun, kita juga faham bahawa hak dan batil pasti ada pertembungan. Sama-samalah kita memahaminya.

2 ulasan:

juliyah@laila berkata...

pertolongan Allah sentiasa di pihak yang benar. cuma silapnya tu dari islam sendiri, menyababkan pertolongan Allah makin jauh...
sama2 la kita berdoa.

teruskan usaha wahai si penyeru kabaikan...

juliyah@laila berkata...

maksud saya, silapnya dari orang2 islam itu sendiri...