Ahad, 6 September 2009

Tarbiyyah membawa ku berjuang di jalan dakwah

Di dalam satu kelompok, mereka berbincang apa yang dikatakan tarbiyyah.

Satu soalan ditujukan.

"macamana enta boleh terlibat dengan tarbiyyah"?

Dia pun menjawab.

"Masa sekolah menengah dulu, banyak program dibuat dan ana pun, mahu tidak mahu akan terlibat sama. Disitulah ana mengenal tarbiyyah".

Ada yang menyahut, "ana kenal tarbiyyah dah lama, sebab mak ayah ana orang yang kuat ikut usrah, jadi ana pun ikut samalah".


Sebahagian lain pula menyahut, "ana sebenarnya mahu ubah sikap diri, sekurang2 nya tarbiyyah banyak membantu anak untuk mengubah diri, dulu ana seorang yang banyak membuang masa, hanya tahu keseronokan dunia, berjalan dengan kawan-kawan ke tempat yang tidak tentu hala, syukur alhamdulillah, ada seorang ustaz tu bawak ana ke rumahnya, lepas tu, sentiasa ikut program sehinggalah ana dapat kikis sikap buruk ni". Itu jawapannya.

taubat Pictures, Images and Photos


Pelbagai persepsi mengenai tarbiyyah.



Semasa di bangku sekolah dulu, saya mengenali usrah, namun kefahaman masih belum nampak dengan jelas. Al-maklumlah, masih budak mentah yang ingin belajar banyak lagi. Maka ketika itu, cukup sekadar menghadirkan diri, mentor suruh datang, katanya ada perjumpaan, dalam keadaan pemahaman saya yang terbatas, saya pun datang. Belum faham ke mana skop perbincangannya, ke mana ingin dibawa maksud tarbiyyah itu. Itu cerita sekolah menengah dahulu.

Seterusnya diri ini diizinkan oleh Allah untuk menjejakkan kaki ke bumi bertuah, Darul Quran. Tempat dimana mencari damai, sebagai penghafaz Al-Quran, maka disinilah segalanya bermula.

Diperkenalkan dengan seorang ustaz, saya mula mengenal makna yang tersirat disebalik usrah yang dibuat setiap minggu, pelbagai program pengisian diadakan. Diri ini lebih terdidik, ditunjukkan oleh Allah jalan umat yang terdahulu berjuang di jalannya. Diri ini lebih jelas hakikat mengapa saya menganut Islam, Islam yang bagaimana yang ingin ditonjolkan, peribadi sebagai muslim, kesungguhan di jalan dakwah.

Kadang-kadang ada sindiran daripada kawan2, guru2 yang tidak menyetujui cara pembawaan, namun akhlak Islam saya pelihara, sebab ustaz saya berpesan, jika kita benci dakwah yang kita bawa, itu memang fitrah, tetapi jika orang benci dengan perangai kita, itu kita kena ubah. Hal ini menjadi sebab juga kenapa saya berkampung di Selangor selama setahun sebelum balik ke Sabah untuk berjumpa keluarga, semuanya kerana tarbiyyah untuk mendapat redha daripada Allah.

sabar Pictures, Images and Photos

Hari ini kita lihat ramai manusia yang bergelar Islam, tapi mengamalkan Islam itu kurang. Fahamnya itu hanya sekadar bersolat, berpuasa, membayar zakat dan seumpamanya. Namun hakikatnya, tidaklah cukup sekadar itu. Sedarkah kita, perubahan diri itu amat perlu untuk mengubah masyarakat dan membawa Islam ke tempat yang sepatutnya. Adakah disebabkan mak ayah kita Islam, kita pun Islam juga, adakah sebab ikut tarbiyyah kerana kawan-kawan yang lain pun ikut tarbiyyah. Ataupun takut kawan tinggalkan, maka kita pun ikut tarbiyyah. Berapa ramai mereka yang ikut tarbiyyah gugur satu persatu kerana tidak ada rasa ikhlas untuk ditarbiyyah. Semuanya bergantung kepada niat.

Bagaimanakah jika umat di Iraq ataupun di Palestin yang diserang pada hari ini berlaku kepada negara kita yang tercinta, Malaysia. Dimana kita hendak membangkitkan kekuatan? Cukupkah dengan kita mengaku beriman kepada Allah, tanpa melaksanakan suruhannya, maka baru hendak membuat persiapan? Maka disinilah perlu wujud satu kekuatan. Kekuatan yang lahir daripada sistem tarbiyyah dan usrah itu sendiri. Dakwah mengajar untuk kita hidup secara berjemaah. Bagi mereka yang faham erti dakwah, mereka akan bergerak mengikut tertib, bergerak mengikut kata putus daripada Jemaah. Bukan ikut kemahuan nafsu. Ini adalah kerana strategi musuh yang begitu kompleks, tidak mampu dipikul oleh seseorang. Jemaah yang dimaksudkan adalah mereka yang meletakkan Al-Quran dan Sunnah lebih daripada segalanya. Bukanlah Jemaah yang membawa perpecahan dan mengubah kalam Allah dengan mainan akal songsang. Jika Jemaah itu mengikut syariat, tidak ada sikap melenting diantara kita. Pelbagai Jemaah tidak akan membawa perpecahan jika semuanya faham konsep dakwah. Perpecahan wujud pada sikap individu yang merasakan Jemaahnya sahaja yang betul. Sikap tidak berlapang dada yang hanya melambatkan dakwah.


signature Pictures, Images and Photos

Ilmu itu perlu, tetapi untuk memperaktikkan ilmu perlulah dengan tarbiyyah. Di dalam tarbiyyah perlu adanya ukhuwah, kesefahaman dan gerak kerja agar matlamatnya jelas, tujuan dan maksud asal tarbiyyah itu dilaksanakan. Itulah yang dikatakan tarbiyyah.

Mungkin kita boleh berceramah berjam-jam, namun matlamatnya tidak menuju ke mana, kita mampu menulis, namun tulisan itu sekadar sedap pada bacaan sahaja, namun natijahnya tiada.

Jika Islam kita itu hanya pada nama, tidak rasa Allah itu bersama, sesunggunnya kita telah ditimpa sesuatu penyakit wahan, penyakit takut mati. Jika kita tidak nampak apa matlamat yang ingin dicapai, maka kita tidak akan bersungguh dalam berdakwah, buatlah berapa banyak pun program, ia tidak akan dapat membuahkan natijah yang baik, tanpa susunan program yang berteraskan tarbiyyah.

Disinilah perlunya tarbiyyah, mengajar manusia mengenal erti dakwah.

" susah lah ikut usrah, kena hadir program selalu, rungut seorang sahabat.

"Dakwah kan luas, dakwah sendiri2 pun bolehlah, tidak payahlah menghadiri program yang macam tu, cukuplah sekadar dengar ceramah dan kita sampaikan". Ada pula yang membuat pelbagai persepsi.

Jika dakwah itu tidak dengan air mata, sesungguhnya kita hanya bermain dengan dakwah, dakwah menuntut pengorbanan masa, tenaga, buah fikiran, wang dan seumpamanya. Itu juga lah sunnah dakwah, adanya mehnah dan tribulasi. Dakwah yang dilalui para umat terdahulu. Mereka membawa risalah sehingga dipulaukan, disiksa dan dibunuh, namun kalimah Allah yang menjadi tujuan utama, agar manusia mengenal Tuhannya, kerana mereka yakin dengan balasan syurga yang diimpikan. Hassan Al-Banna pernah berpesan, kerja kita lebih banyak daripada masa yang kita ada. Itulah tarbiyyah. Tidak mengenal erti penat lelah. Moga ianya menjadi nasihat kepada diri saya sendiri agar thabit dan istiqamah di jalannya. Ya Allah, berilah kekutan kepadaku untuk tetap berada di jalan Mu. Jalan yang membawa ketenangan dan kerahmatan ketika bertemu di hari pembalasan.


istiqamah Pictures, Images and Photos


Dakwah itu amanah yang indah.

2 ulasan:

haidar berkata...

assalamualaikum ...salam ziarah...satu perkongsian yang mantap..

Mahadir Amboala berkata...

waalaikumussalaam warahmatullah..syukran akhi haidar